Thursday, 17 October 2013

le pianist

hmm. feeling happy sebab dah jumpa pianist baru. nama Yoon Han,  nk beli album dia. can i have his album for my next birthday? masukkan dalam list album yang ingin dimiliki. 

Mula kenal Yoon Han ni dalam program WGM.  program kawin tipu-tipu. bride dia actress le seo yeon. okay, wish a very happy ending for them. 

rasa happy sebab sebelum ni tak expose sangat dengan mana-mana musician. tahu pun sikit-sikit dekat youtube. setakat dengar cover dekat youtube tu memang selalu la. rasa seronok bila diorang upload performance , lagi happy kalau dapat tengok secara live. love to watch guitar, piano and violin performance, my favourite is violin. it really amazing instrument. a mystery. total mystery for me. 

ah, malas la nak masukkan gambar bagai.
hm. sindrom malas dah mari....rajinlah~ rajinlah~ rajinlah~


Wednesday, 10 July 2013

Tentang Ilmu

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang menuntut ilmu.

Sebelum tu ada persoalan yang selalu menjelma dalam fikiran aku.

‘Kenapa aku cepat lupa?’

Aku rasa sedikit kecewa kerana tidak berjaya mengeluarkan input yang telah aku terima dari kepala aku ni.Bukan sekali dua tapi selalu. Tak boleh jadi ni. Jadi aku pun berfikir’ Kenapa aku selalu lupa dan kenapa aku begitu cepat melupakan apa yang telah aku pelajari?’ mesti ada jawapan untuk soalan ni.

Aku minta maaf kerana aku sering bertanya soalan kenapa dan bagaimana. Kadang kala aku dapat menjawab sendiri melalui hasil bacaan dan perbincangan. Kadang kala aku tidak menemui jawapannya.

Jadi aku pun bacalah sebuah buku yang bertajuk “Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu”.  Yang menariknya, melalui tajuk buku ni sahaja kita dapat tahu beberapa perkara tentang ilmu. Ada faktor . adab ( ahlak untuk menuntut ilmu dan ahlak untuk mengamalkan ilmu) , dan akhir sekali ilmu yang berkat ( Apa itu ilmu yang berkat dan apakah pula maksud berkat daripada ilmu itu?) . Ha, berkat tu apa? Adakah lauk yang diberi lepas kenduri kahwin?

Apa yang aku nak cerita adalah perasaan dan buah fikiran selepas aku baca beberapa mukasurat pertama buku ini. Aku rasa yang aku nak baca buku karya Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari ni. Saat itu aku baru sahaja lepas online facebook. Biasalah, orang yang ketagihan, pasti terkenang-kenang saat berpisah. So jiwa aku nak baca buku, tapi fikiran aku masih lagi melayang ke Facebook. Masya Allah. Apa jenis penyakit hati yang menimpa aku ni? Aku tidak bersedia lagi untuk membaca buku . tu yang aku fikir. Apa guna kalau kita buat sesuatu tanpa meletakkan jiwa kita padanya. Sia-sia. Buang masa dan buang tenaga. Tidak dapat apa-apa.

Sama sahaja seperti saat kita menuntut ilmu dan solat. Mengapa hati kita tidak tenang selepas solat? Bacaan solat pun sering diambil mudah. Maksud bacaan solat pun kita tidak tahu, apatah lagi maksud untuk solat dan mengerjakan solat. Apa itu solat? Apa itu menunaikan solat? Beza taw, teman-teman.

Ah, hati yang terhijab dengan dosa lalu sukar  untuk bahagia. Kalau gembira juga, tu adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah ke atas kita.  Cukup sahaja solat itu untuk buat kita bahagia. Bertemu dan meluahkan rasa dengan pencipta. Kalau ada masalah dengan hidup. Perhatikan, pasti ada kelopongan pada solat yang dikerjakan.  Allah, saat aku makin dewasa ini aku rasa semakin menjauh dari-Mu. Bagaimana hati ini mahu kembali dekat?

Maka, perlu untuk kita membersihkan hati kita dan menuntut ilmu. Ilmu hanya masuk dalam hati yang bersih. Hanya dengan rahmat Allah, kita dapat menerima dan mengamalkan ilmu. Kalau kita berhutang duit, mohon maaf dan jelaskan. Kalau terpinjam barang, minta maaf , pulangkan atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik kalau sudah hilang. Kalau merasakan ada dosa mengumpat dan mengecilkan hati atau membuat orang marah. Solusinya adalah sabar dan istighfar. Istighfar dan terus-terusan istighfar. Astagfirullah hal azim. Semoga Allah ampuni dosa aku ini. Buat salah sama manusia.mohonlah maaf pada manusia. Buat salah pada Allah, mohon ampunlah pada Allah. Doa agar Allah melembutkan hati manusia agar memaafkan kesalahan kita.Berbuat baiklah pada ramai orang .Perbanyakkan sedekah. Kalau terasa ego tinggi, banyakkan sedekah. Ingat, duit itu bukan milik kita sepenuhnya. Ketahuilah kita ini berbahagia atas pengorbanan ramai orang. Jadi gembira itu jangan berlebih-lebihan, ya teman-teman.

Nah, Kita sudah tahu untuk ilmu itu masuk ke dalam hati, hati perlu bersih. hati perlu lapang dan punya ruang untuk ilmu.Seterusnya, menjaga luaran kita.
 Menjaga mata, menjaga telinga, menjaga mulut, menjaga tangan, kaki dan kemaluan. Kamu masih ingat zina mata, telinga dan sebagainya ? Insya Allah, semoga Allah menguatkan ingatan kamu.

Yang asasnya adalah menjaga kebersihan hati dan kebersihan diri, berwangi-wangi untuk menuntut ilmu. Kawan-kawan aku ni selalu mandi sebelum maghrib. Aku pula selalu lepas maghrib. Logiknya, lepas mandi fikiran kita akan jadi lebih segar. Jadi mandilah sebelum maghrib menjelma. Walaupun saat aku menulis aku belum mandi, aku pasti akan mandi selepas ini.

Jangan buat pertimbangan yang berat sebelah sebelum dan semasa kita menerima sesuatu perkara.  Fikir seperti kita tahu masa depan. Contoh fikir post yang aku tulis ni nanti ramai gila orang baca, lepas tu komen bla bla bla.nanti muncul rasa riak dan ujub. Astgfirullah. Dekatkanlah aku kepadaMu. Jadikanlah aku hamba yang selalu mengingatiMu sepanjang masa. Ha, apa yang kita fikir itu lah yang kita akan dapat. Kalau kita fikir tentang kejayaan, kebahagian dan kekayaan, maka perkara itu akan datang kepada kita. Harus fikir dan disertakan dengan usaha yang tekun. Barulah hasilnya lebih nikmat.

Jadi kena tahu, apa tujuan kita menuntut ilmu? Untuk dapat sijil? Untuk jawab peperiksaan? Untuk menjawab soalan pensyarah?

Bila kita tahu tujuan, itulah yang jadi niat kita. Dan kita akan meletakkan matlamat untuk dicapai. Dengan ilmu yang aku ada ni aku nak buat apa? Sama ada simpan atau sebarkan. Kalau tidak yakin, pergilah menuntut ilmu sampai kita yakin dengan ilmu yang kita ada ni. Tepuk dada tanya iman.

Rumusannya,
Untuk menuntut ilmu, hati dan fikiran mesti bersih, bersedia dan berlapang dada.
Menjaga hubungan dengan orang lain. Jelaskan hutang, dan pulangkan barang yang dipinjam
Tahu tujuan dan matlamat menuntut ilmu
Insya Allah,  selamat beramal.
Bergaullah engkau dengan para fuqaha (ahli ilmu agama Islam) serta pelajarilah sikap hidup (adab ) mereka. Sesungguhnya yang demikian itu akan lebih aku cintai daripada ( engkau mempelajari ) banyak hadis.
( Habib Bin As Syahid)


Thursday, 25 April 2013

Review Hana to Akuma *Lalala*


Reading Comics
Baiklah. CD violin and piano compilation corrupted. So sad. I’ve spent a long time collecting them. One of my favorite collections! Ah, will work harder to keep them in better place next time.

I’m finished reading Hana to Akuma manga. All 10 chapters and extras too. But since I left out chapter 5       ( it’s not uploaded completely) I guess it did not exactly effect the whole story. I mean 10 chapters are long enough for me to read it in my laptop. I used to read one shot only. Simple minded huh?

Anyway, Hana to Akuma has it own balance on gender. Well, I’m really into harem manga. Like a girl surrounded by many boys or a boy in a complex relationship with many girl. Kind of so-so. Sometimes I like reading Fruit Basket once in a while. Those translators are amazing . do they paid off for their work? I read the manga for free. (p/s: not really, the manga has been downloaded from the internet and I did pay the internet monthly bill) Sometimes I read that they need help for more editors and translator. You should know that translating a manga is not an easy thing to do
.
The mangaka Hisamu Oto, draw the character and plan the story plot nicely. Even so, I would not recommend you to read this manga. Especially for those who did not read/value comics.  Make some effort to read the review. It not simply typical shoujo manga. Should I spoil the ending?
Here’s a splash,
There is sadist demon named Vivi live in earth since he has no interest of living in high ranked demon in his world, He leaved demon world and came down to earth. On one snowy day, he found out there’s a human baby abandoned in front his mansion. To fill his bored time, he decided to take care of the baby. Well, the baby were named Hana as her smile is beautiful as flowers (?!) . yeah, the baby lives with those demons. Hana loves flower and she even learnt to plant them at the mansion garden. She send flowers to Vivi everyday , to show him how flowers make her happy. However, demon could not touch flower nor they will wilting and vanish in instant. Vivi never understand why this little girl keep sending flower even she know the result.  The story plot improves when the elders and kings of demon world keep insisting him to go back to his birth place. ( in harsh and sometimes comical action way ) .

They used Hana to make Vivi return to demon world. there is Momo, Hana first human friend. Momo is a florist . and he sell and bring a lots of flower to the girl. Vivi also has his women ( human ) who willing to gives her blood for him.  Climax of the story, Hana figure out that she has feeling to her caretaker Vivi. It quit complicated and sound irrelevant because she is too young she think vivi didn’t see her as a women , so she hides the feeling. And the sadist caretaker ( guess he is too sadist) finally found out he loves her more than anything he have. After all the thorny journey, they manage to get married. Thanks to their friends and acquaintances. And Hana died at the end of the story after living as wife about 30-40 years with Vivi.
Okay, Let’s figure out the good things in the novel.
  • ·         Find a work to do when you’re bored. If not, you might end up ruining other’s life and yours too.
  • ·         Treasure people whom you love and loved you
  • ·         Be nice , sadist and optimist. ( being friends with sadist person is really __________ )
  • ·         Life-time Education is really important!
  • ·         Flowers can make you happy.

  • *   Be loyal and trustworthy*

Ah, I’m still a girl after all. Sometimes I forget that fact.

Hem, sometimes I don’t really like to read lovey dovey type novels. But it does not mean that I did not read them at all. Sorry girls. It ruins my imagination.

And I also know that there is many grammar mistakes on my writing. Just bear with it. okay >_<"

Friday, 12 April 2013

Perkataan Yang Benar

dari mana datangnya perkataan yang benar?

persoalan ni tiba-tiba muncul dalam fikiran aku.


kalau kita rasa ragu-ragu dengan perkara yang kita nak cakap, kita ada TIGA pilihan;

---> PERTAMA.

beritahu apa yang kita tahu, minta orang yang mendengar betulkan atau rujuk pada bahan yang lebih sahih kalau kita tidak yakin dengan apa yang kita cakap. tak salah kongsi maklumat,. kalau tidak betul, beritahu perkataan yang betul.

---->KEDUA

Diam. ini bukanlah pilihan yang terbaik.  kalau berdiam diri lama-lama nanti boleh terganggu fikiran.
'la. sama macam aku fikir, kenapalah aku tak cakap tadi'
' sebenarnya aku pun fikir benda yang sama.. cuma aku takut salah je'

manusia ni kalau kita dapat berkongsi ilmu sebenarnya kita akan jadi lebih gembira. ilmu yang baik kalau tak di kongsi. bawak la sampai mati.. cuma orang kalau nak minta kongsi ilmu, biar beradab. ha, apa kata kau belajar ilmu tentang adab dulu? baru la orang pun rasa sejuk hati nak berkongsi ilmu dengan kita.

---->KETIGA

beritahu pada rakan.
cis, ni aku kurang gemar. benda yang kau nak, kau minta orang lain cakap pula . minta la sendiri!
aku tak suka orang yang macam ni. suka menggunakan orang lain untuk kepentingan diri. habislah kau kalau orang tu rasa kau zalimi dia. kau tahu apa akibatnya kalau dia berdoa? Jadi berhati-hati bila minta tolong dengan kawan. aku pun kena fikir dengan serius untuk pilihan ketiga ni.  Rambut pun dah tak sama warna sekarang ni. darah je masih warna merah.

Kadang-kadang aku senyap. Kadang-kadang aku banyak bercakap.
berhati-hati cakap dengan aku masa aku senyap. kawan aku cakap kata-kata aku masa senyap lebih menusuk kalbu berbanding masa aku banyak cakap . Aku minta maaf, aku tak tahu kata-kata aku buat kau rasa kecil hati. lidah ni kena jaga. jangan sebab lidah, badan binasa, nauzubillahi min zalik.


jadi, sesungguhnya diam lebih baik. tetapi INGAT ia bukan pilihan yang terbaik.



Saturday, 16 March 2013

How to be cretive?


1. Ignore every­body.
2. The idea doesn’t have to be big. It just has to change the world.
3. Put the hours in.
4. If your biz plan depends on you sud­denly being “dis­co­ve­red” by some big shot, your plan will pro­bably fail.
5. You are res­pon­si­ble for your own expe­rience
6. Ever­yone is born crea­tive; ever­yone is given a box of cra­yons in kin­der­gar­ten. 
7. Keep your day job.
8. Com­pa­nies that squelch crea­ti­vity can no lon­ger com­pete with com­pa­nies that cham­pion crea­ti­vity.
9. Every­body has their own pri­vate Mount Eve­rest they were put on this earth to climb. 
10. The more talen­ted some­body is, the less they need the props. 
11. Don’t try to stand out from the crowd; avoid crowds alto­gether. 
12. If you accept the pain, it can­not hurt you.
13. Never com­pare your inside with some­body else’s outside. 
 

14. Dying young is ove­rra­ted.
15. The most impor­tant thing a crea­tive per­son can learn pro­fes­sio­nally is where to draw the red line that sepa­ra­tes what you are willing to do, and what you are not.
16. The world is chan­ging.
17. Merit can be bought. Pas­sion can’t. 
18. Avoid the Water­coo­ler Gang.
19. Sing in your own voice.
20. The choice of media is irre­le­vant.
22. Nobody cares. Do it for your­self.
21. Selling out is har­der than it looks.

23. Worr­ying about “Com­mer­cial vs. Artis­tic” is a com­plete waste of time.
24. Don�t worry about fin­ding ins­pi­ra­tion. It comes even­tually.
25. You have to find your own sch­tick.
26. Write from the heart.
27. The best way to get appro­val is not to need it.
28. Power is never given. Power is taken.
29. Wha­te­ver choice you make, The Devil gets his due even­tually.
30. The har­dest part of being crea­tive is get­ting used to it.


 cr: http://gapingvoid.com/2004/07/25/how-to-be-creative/


Monday, 4 March 2013

Kenapa awak gemuk?



Minggu lepas aku ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, popular dengan nama jalan TAR. One of the local girls favourite shopping district in KL. Singgah ke kedai buku untuk membeli beberapa buah buku dan alatulis guna baucer buku. 
Alhamdulillah. 

Tapi semakin lama aku berjalan dekat kawasan Jalan TAR ini , aku semakin terperanjat, terkujat bahkan terkejut dengan perkara yang aku lihat.
Semakin ramai gadis yang dalam perkiraan aku masih belum berkahwin. Mengalami masalah berat badan berlebihan. Tahap obesiti yang menggerunkan. Aku tertanya-tanya, mengapa mereka boleh mengalami masalah ini? 

Sebagai individu yang turut mengalami masalah berat badan berlebihan dan tidak ideal, mungkin ada diantara kalian merasakan aku tidak layak untuk membincangkan hal ini. Hahaha, anda silap! Aku rasa sedih tengok makin ramai orang yang semakin bulat badannya. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Kanak-kanak? Semakin ramai yang melekat dengan benda-benda teknologi sampai malas untuk berpeluh.

Jadi, aku juga tahu masalah yang dihadapai oleh orang-orang yang mengalami masalah berat berlebihan. Susah nak cari saiz baju, seluar, kasut. Terpaksa beli baju baru, bila baju lama dah tak muat. Aku geram juga dengan orang yang ada masalah berat ni tapi ego. Mungkin dia tak suka orang prihatin kepada dia. Ada orang rasa gemuk itu seksi. Hemm. Benda ni subjektif. Ikut pada individu.  Ada pro dan kontra bila kau jadi gemuk ( bukan badan besar secara semulajadi) dan jadi kurus lepas gemuk.

Nak dijadikan cerita, berat aku pun pernah turun. Berat aku ni berat YOYO. Cepat naik dan lambat turun. First, masa aku sekolah menengah, dan kedua , masa Ramadan. Memang tekad nak turun. Tapi mudha benar dipengaruhi faktor-faktor luar seperti godaan makanan yang tinggu gula dan lemak trans. Fast food. Itu tidak termasuk lagi dengan tekanan perasaan, stress, kemurungan dan ketidak seimbangan hormone. Faktor emosi pun menyumbang kepada masalah berat badan tahu?

Terlalu gembira, makan banyak

Terlalu sedih, makan lagi banyak,

Tengok wayang, makan dalam pawagam,

Tengok movie/drama di laptop secara marathon, mesti makan juga!

Tengok bola, sambil minum teh tarik, layan burger bako

( sume ni hanya generalisasi, aku pun teringin juga nak makan burger bakar yang fofular itu) 

Kita tak boleh nak salah kan pada orang yang mencipta dan menjual makanan tersebut, sebab ada permintaan, diorang pun jual lah. Yang keluar duit adalah pelanggan, orang yang membeli. Beli sekali sekala. Sebulan satu atau dua kali tak menjadi masalah.  Tapi kalau seminggu sampai 3-4 kali beli, memang mengundah padah. 

So, sedikit sebanyak, ada terselit rasa lega, sebab kesedaran untuk jaga kesihatan semakin meningkat, tapi masih belum berkadar sonsang dengan peratus individu yang mengalami masalah berat badan.   

Makan tetap makan. Nak ubah luar, kena ubah dalam dulu.  Tak kisahlah nak makan HERBALIFE ke, SD II ke,, tapi pastikan benda tu disahkan oleh Kementerian Kesihatan. jangan cari dealer sibuk nak jual barang. berkawanlah dengan orang-orang yang positif, kalau takde kawan yang positif, pergi positif kan diri sendiri, insya allah, akan ada yang ter inspirasi nanti. 

Langkah pertama adalah permulaan.  Tulis perancangan atau pelan untuk turun berat. Kalau tak melangkah lansung macam mana nak mula? Insya Allah,  harapan masih ada, so, jom kita tingkatkan produktiviti negara dengan kudrat yang ada!(secara tiba-tiba). Bila badan sihat, kita boleh kerja lagi kuat. Bila kita kerja kuat-kuat, ( work smart and work hard) insya allah, pendapatan kita akan jadi kuat juga,

Tunggu apa lagi?

Jadilah Warganegara Malaysia Yang Sihat!

Friday, 22 February 2013

CurHat #1

Balik rumah lepas kuliah seperti biasa.
memasak. baca buku sekejap dan berehat.
bersiap untuk solat.

tanya kepada dia suatu soalan. tapi dia meninggikan suara kepada aku.
nak cakap ke tak yang aku rasa terguris hati?


memanglah dia dah bagitahu, tapi aku terlupa. jadi aku tanya semula. bukankah aku bertanya dengan baik? jadi janganlah marah. *mungkin dia ada masalah, stress barangkali* jadi aku harap aku tidak berkecil hati dengan begitu lama.

aku tak boleh la nak deal dengan orang yang tinggikan suara,dan mudah merajuk.

sendiri kecil hati, tiada siapa pun yang nak pujuk. tak mengapa. Allah masih ada. selawatlah ke atas nabi. kan nabi sentiasa rindu pada kita? selalu macam tu, kalau ada orang marah pada aku. atau aku marah kat orang. atau aku rasa aku buat salah dekat orang. selain minta maaf, zikir dalam hati je aku mampu. bagi kurang beban dalam hati ni. aku nak menangis, air mata pun tak nak keluar.

duduk diam2. zikir dan istiazah.

 ada sebab kenapa aku tak suka sambut birthday dengan orang selain family, mungkin sebab susah nak trust dekat sesiapa. cukuplah dengan wish.birthday. Thanks a-lot. aku tak rasa yang aku dah give up untuk cintakan insan yang istimewa. mungkin masanya belum tiba. cuma, aku rasa aku boleh layan orang dengan baik. berbuat baik pada orang. kalau orang buat buruk dekat kita, biarlah Allah yang uruskan. buat sahaja kerja kita.

mungkin aku mudah ingat perkara yang tak baik orang buat kepada aku. tapi kadang-kadang aku buat tak kisah je. biarlah, dia tak faham. orang yang jahil jangan dimarah. Doalah agar Allah bagi Hidayah kepada dia. moga dilembutkan hati. jangan marah-marah aku lagi.

nanti aku sedih, bawa diri. nanti aku tak nak balik sini lagi.

Tuesday, 29 January 2013

Me & Diet

seriusly dah banyak kali try diet, sometimes it works and sometimes it not.
bila dah berjaya loose few pounds terasa benar pencapaian , dan kita raikan dengan dominos pizza, kepsi dan sushi dan takotako  daun saleri!



Namun. i think this time it come to be more serious because my situation is i have friend who cooks and don't want to responsible to the leftover dishes and the material. and i am tired eating the leftover food. yeah, because i know no one actually want to eat that leftover food as they think other might want to eat the food at evening or night.

When i said i am tired it doesn't mean that i don't like to eat the food. but isn't such a big waste throwing left over food into the bin as you want to clean the food table  no. please respect and be grateful of what we have ate today. there is countless people outside there has no food. they even does not have money to buy food. so calculate the average amount for people daily meal. you cook for people you know.and  you should know about this. the partition of the food-side dish and rice. don't trying to look nice in front of other people. some people are not comfortable the way you treat them. don't treat them like a child. watch their face expression . i know that you have a really good and kind heart. but this is not the way. this will make our distance farther away. since no one actually want to talk about it. for me, i don't like it. really.

and i want to jogging in evening in track or anything. i really want to lose weight. really really want to lose weight. i want  a healthier life. i want someone to run or accompany me to run. i guess should buy bicycle.

lets continue eat nutrition food. for a better life!
don't sigh! pray to Allah! put some more effort on this! I know I can do it!
MESTI KUAT SEMANGAT!


Monday, 21 January 2013

Tanggungjawab dan Persahabatan

kadang-kadang apa yang kita minta bukan semuanya akan kita dapat.

kadang-kadang berdua juga lebih baik dari bersendiri-sendiri. tapi masih perlu privasi

hidup jangan putus asa. aku juga tak mahu berputus asa dalam hidup ini. sebab hidup kita hanya sekali. 

kena rebut peluang. hidup juga perlu berebut, hidup juga perlu pentingkan diri, 

betul , hidup kena pentingkan diri.

macam mana nak bimbing orang lain kalau diri sendiri terumbang-ambing. jangan, nanti karam.

selamatkan diri. akhir zaman ni semua benda boleh jadi realiti. jadi mesti selamatkan diri. lepas tu baru selamatkan orang lain. pastikan asas dah kukuh. 

aku teringat masa aku sekolah dulu. ada bestfriend lelaki dan perempuan. happy je. iyalah, kawan dengan dia. share benda happy, benda sedih, kena troll sama-sama. saling ambil berat.

beza kot kawan dengan sama jantina. namun ini bukanlah seruan untuk galak kawan berlainan jantina. kalau kawan yang sedia ada tu dah okey, jangan tamak. ingat, sebab bukan semua benda kita punya. ikatan persabatan bila-bila pun boleh putus. don't get confused by the word everlasting friends or forever friends. it will hurt you someday. just cherish the thing you have today, or you might regrate it after few years.

persabatan yang ikhlas tak disulami dengan puji-pujian atau teguran sepanjang masa. tapi bila berlaku konflik. itu adalah lebih baik daripada muka yang manis sepanjang masa.no, this life is hard, you can't live or survive alone. you need friends. you need someone to accompany you.

it's hard to trust people as you have bad memories with them. i'll work hard to be better than now.
kan bagus, bila kita ada kawan yang boleh sama-sama lepak. just friends. tak boleh ke ada term tu dalam hidup? bukan sebagai boyfriend atau girlfriend. lain la kalau dah ada special person in ur life, aku tak iktiraf hubungan kapel declare i luv u n u luv me. no. tapi kalau sahabat yang ambil berat dan prihatin itu berbeza, in case lepas tu dia nak declare atau pinang u, tu sila buka buku baru. kan masing-masing dah besar,

boleh fikir tentang tanggungjawab? 
tanggungjawab akan mematangkan kita, kalau rasa selesa sangat. maksudnya dah malas berfikir tentang tanggungjawab. dan tanggungjawab ni berat. 

aku risau juga nak kawen ni, walaupun belum jumpa lagi calon. jiwa kot!
kerjalah macam ni! lagi best, 
mesti berubah! real mature! berusaha!


Saturday, 12 January 2013

22 tahun

kan bagus kalau aku kaya?

tapi tak bermaksud aku benci menjadi miskin..

kadang-kadang jadi miskin lebih baik daripada kaya yang kenal tuhan dan gila dunia.

bila kita kaya, kita dapat bantu orang lain

aku rasa sedih bila terpaksa bergantung kepada orang lain  bila aku tak ada duit. itulah. salah sendiri tak mahu menyimpan. macam apa lah.. kena cari duit lagi..nak masuk sekolah lagi. takutnya aku.

aku tak bagitahu kat sesiapa pun yang aku takut sangat dengan survival kat dunia ni. ( tapi dah tulis kat sini_) kena la lawan rasa takut tu.

apa yang aku ada untuk aku bangga?

aku fikir-fikir punya fikir, ada la juga, sikit-sikit beberapa perkara yang boleh dibangga, tapi lama-lama benda tu jadi kecik.. dan menghilang.. benda yang lepas. nak bangga sangat pun takleh gak. yang penting adalah masa sekarang.

bangunlah kaktus,!! aku terlalu lama dalam zon selesa; cis. memaki diri sendiri. bab amarah ni pun satu. sejak bila aku jadi panas baran ni..??

aku dah mula merasa duri-duri kaktus mencucuk diri aku. sakit woo
huhu dari mana aku nak mula ni??
mari bertenang dan berfikir.


Sunday, 6 January 2013

Dah Boleh Kahwin ke?


Kabare semua,

Sebelum ni aku ada juga tengok video-video lain di LangitIlahiTV. Cuma kebelakangan ni aku rasa ia menjadi lebih menarik. Video pertama aku tonton 2nd Januari adalah “Sudikah Awak…” . Habis je tonton video ni aku membuat kesimpulan terhadap beberapa perkara. Tergelak juga la tengok mamat yang nak lamar anak orang dengan style yang sangat sweet tapi sebenarnya belum bersedia untuk belayar ke alam rumah tangga.




Betul juga. Nak kahwin ni memang la seronok. Berdebar-debar, excited, bergetar jiwa~~ bagai.  Tapi satu hal yang pasti nak kahwin adalah proses yang sementara. Memang manislah momen-mone indah kita bersama sebelum jumpa kadi. Ahaii..Lepas nikah je, bermulalah siri drama kehidupan yang sebenarnya. Ada sesetengah bakal pengantin suka menghasilkan trailer sebelum drama kehidupan mereka bermula. Trailer apa yang kau maksudkan ni wahai kaktus?

Trailer ni macam perviu sesebuah cerita la. Ala..macam korang tengok dekat filem tu. Tapi trailer sesetengah orang yang NAK kahwin ni kelakar. Belum kahwin, tapi buat gaya dalam gambar pra perkahwinan macam dah kahwin 5 tahun. Ade tu, buat video (pra perkahwinan) lagi bagi orang tonton masa majlis kenduri. Sesetengah artis, time kahwin, berbelas-belas fotografer tangkap gambar masa acara ‘batal air sembahyang’ hahaha ape benda ea yang membatalkan air wuduk kita?  

Sedikit la tentang istilah sembahyang. Aku tak ada masalah kalau orang nak guna perkataan ni, tapi sebagai orang islam bagi aku kita lebih sesuai guna perkataan solat. Kalau air sembahyang, kita tukar dengan wudu’.  Kan lebih  ringkas dan padat maksudnya? Anyway, terpulang pada kamu.

Bukannya Islam tak bagi kita bercinta dan berkasih sayang, tapi tak perlulah sampai naik moto sekali, berpegang tangan, cium tangan semua.cakap lemah lembut dengan dia,padahal dengan orang tua selalu tinggikan suara. Mengarut. Nafsu je semua tu. Belajarlah kawal nafsu. Terutamanya adik-adik yang masih dan sudah habis bersekolah. Advanced sungguh mereka ni. Video ni sesuai untuk tontonan umum. Nak bagi mak ayah , atok, nenek tengok pun tak apa. Kakak, Abang, Pakcik, Makcik, Kawan, Cikgu, dan semua oranglah kalau kenal dengan adik-adik ni , dekatkan lah diri dengan mereka. Bersahabatlah dengan mereka. share kepada mereka panduan hidup yang Allah tetapkan. Sekali sekala  bawalah mereka ke event-event ilmiah, beri mereka hadiah buku, pakaian, atau paling tidak, sms nasihat kepada mereka. Insya allah, diorang boleh terima. Jangan layan diorang ikut level kita. Adjust dengan usia dan tahap kematangan mereka. Insya allah, anda boleh melakukannya.

Nak berkahwin bukan mudah, insya allah, semua orang boleh, islam dah bagitahu syariat untuk pernikahan. Sebelum , semasa dan selepas. Alhamdulillah, aku dah habis baca buku “Sebelum Aku Bernikah” . Benar, nak kahwin, mesti tahu cari duit, ada duit untuk kahwin dan sara hidup keluarga kita. Tak akan nak minta bini sponsor makan minum. Lepas tu, tahu agama.  Bila kahwin, isteri dah jadi tanggungjawab suami,apa-apa isteri buat, semua ditanggung suami. Berat tu bai, jadi untuk jadi suami yang terbaik, mesti tahu solat, boleh jadi imam, tahu sedikit sebanyak hukum agama. Boleh bagi nasihat, penguat semangat kepada isteri dan bakal anak-anak yang akan dimiliki nanti. jangan la 

Si isteri pun sama, janganlah mengharap pada suami sahaja. Sebagai bakal isteri, persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan skil ( memasak,menjahit,mengemas) yang sesuai. Peranan seorang perempuan ni besar pengaruhnya dalam hidup lelaki. Para perempuan diluar sana tolong ingat. Perempuan ni fitnah dunia akhir zaman. Apa-apa yang perempuan buat semuanya boleh menarik perhatian. Kursus kahwin je tak cukup. Banyakkan membaca, bergaul dengan wanita-wanita yang solehah. Insya Allah wanita-wanita yang solehah terpelihara dari godaan dunia. Tahu batas dalam kehidupan. Take note, gadis-gadis di luar.

Ada orang yang pastinya membandingkan video vlogger ni dengan video Matlutfi. Relaks la. Awat hang kalut sangat? Kalau dia nak tiru pun ikut suka dialah. Pada aku nasihat yang dia cuba sampaikan lebih berharga daripada nak buat perbandingan video dengan Matlutfi. Matlufti is Matlutfi. biarlah dia dengan video dia. Tengok video orang len. Pastu komplen itu ini. Lenkali jangan komplen negetif sangat. Tambah dosa je. Nasihat aku, buka hati untuk terima nasihat yang baik. Sebab nasihat yang baik bukan mudah untuk diperolehi.