Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad .
Hari ni kita sembang-sembang tentang solat.
Begini kisahnya,
Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali mengajukan pertanyaan kepada murid-murid
kesayangannya.
Pertama “ Wahai anak-anakku sekalian, apa yang paling dekat dengan
diri kita didunia ini?" Sebahagian muridnya menjawab,’ yang paling dekat dengan
diri kita di dunia ini adalah orang tua.’ Sebahagiannya pula ada yang menjawab,
‘teman’ dan sebahagian lagi ‘guru’ serta sebahagian lagi ‘keluarga’. Imam
Al-Ghazali kemudian menjelaskan, “ Wahai anak-anakku sekalian, semua jawapan
itu benar, tetapi sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah ‘MATI’.
Sebab itu adalah janji-Nya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.’
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaannya yang kedua.
“Wahai anak-anakku sekalian, apa yang jauh dari kita di dunia ini?”
murid-muridnya menjawab.’bulan’. Sebahagian lagi menjawab matahari’ manakala
selebihnya menjawab ‘bintang-bintang’.
Imam Al-Ghazali pun menjelaskan “wahai anak-anakku, bahawa
semua jawapan yang kamu berikan adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah ‘MASA
LALU’. Walau bagaimanapun keadaan mahupun kesenangan dalam kehidupan kita, kita tetap tidak boleh
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab
itu kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan agama kita. Esok telah menjadi hari ini, hari ini
telah berubah menjadi semalam. Masa depan telah berubah menjadi masa lalu dan
ia akan semakin jauh meninggalkan kita.”
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang ketiga,
“Wahai anak-anakku, apa yang paling besar didunia ini?” Murid-muridnya menjawab
“gunung’, sebahagian lagi menjawab “bumi’ sebahagian lagi menjawab “Matahari”.
Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa, “ Semua jawapan itu
benar, Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘NAFSU’.
Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada keburukan. Kerana itukita harus
berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita itu membawa kita
kepada neraka.
Imam Al-Ghazali kemudian melanjutkan pertanyaan yang
keempat, “apa yang paling berat di dunia
ini?”Sebahagian murid ada yang menjawab ‘baja’. Sebahagian lagi menjawab
‘besi’, sebahagian lagi menjawab ‘gajah’.
Imam Al-Ghazali kemudian menjelaskan, “Semua jawapan kalian
hampir benar, tetapi yang paling berat adalah ‘MEMEGANG AMANAH’, Allah s.w.t
telah menyebutkan , sesungguhnyakami telah menawarkan amanah kepada langit,
bumi dan gunung-gunung namun semua menolaknya dan amanah itu diterima manusia,
itulah bentuk kezaliman dan kebodohan. Manusia dengan perasaan sombongnya
menyanggupi perintah Allah s.w.t sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka
kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.”
Imam Al-Ghazali melanjutkan pertanyaan yang kelima’ apa yang
paling ringan di dunia ini?” Sebahagian murid menjawab ‘kapas’ dan sebahagian
menjawab ‘angin’. Sebahagian lagi menjawab ‘debu’, ada yang menjawab
‘dedaunan’. “Semua itu benar” kata Imam Al-Ghazali. “Tetapi yang paling ringan
di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan , kita tinggalkan
solat.”
Imam Al-Ghazali melanjutkan pertanyaan yang keenam” wahai
anak-anakku, sekarang pertanyaan yang
terakhir untuk kamu,apakah yang paling tajam di dunia ini?”
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ‘pedang!’. ‘Benar’, jelas Imam Al-Ghazali.
“Tetapi yang paling tajam adalah ‘LIDAH MANUSIA’, kerana dengan lidah manusia
dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Betapa
banyak orang yang jatuh hanya kerana tidak menjaga lidahnya.”
Baiklah, ada berapa perkara yang disoal oleh Imam
Al-Ghazali? : ENAM
1) Yang paling dekat dengan diri: MATI
2) Yang paling jauh dengan diri : MASA LALU
3) Yang paling besar didunia: NAFSU
4)Yang paling berat didunia: MEMEGANG AMANAH
5)Yang paling ringan didunia : MENINGGALKAN SOLAT
6) Yang paling tajam didunia: LIDAH MANUSIA
Alim ulama terdahulu sudah menyimpulkan perkara-perkara yang
sering menjadi persoalan kepada masalah umat. Nah, ini jawapannya.
Setiap hari aku membaca di akhbar, ada sahaja berita
kematian akibat kemalangan yang amat menakutkan. Baca atau tonton berita di tv
. Bagaimana kalau saat kita mengalami kecelakaan, masih ada solat yang belum
ditunaikan, masih ada puasa yang belum diganti, masih banyak foto-foto tidak
menutup aurat dengan sempurna di Facebook, Tumblr, Twitter, Instagram yang
belum di padam. Masih ada dosa kepada
ibubapa, sahabat dan kaum kerabat yang masih belum diampun.Hutang masih belum
dijelaskan. Tiada ada sesuatu yang boleh menghalang takdir Allah. Semoga
diizinkan Allah, aku mati dalam keadaan yang baik. Amin.
Untuk berubah kearah kebaikan bukanlah sesuatu yang
mustahil. Untuk solat 5 waktu sehari semalam beserta amalan-amalan sunat yang
lain juga pasti boleh dilakukan. Garilah guru, atau orang yang dapat membantu
kita mendisiplinkan diri. Jangan putus asa dalam mencari kebaikan. Letakkan
Allah sebagai yang utama di hati kita, bukan manusia. Banyakkan
beristighfar,kuatkan semangat. Banyakkan membaca, carilah ilmu dengan membaca.
Mana Al-Quran kamu? Cari, ambil, dan bacalah. Baca maksud ayat-ayat yang dibaca
agar kamu faham apa yang disuruh Allah kepada kamu.
Sebelum terlambat, sedarlah diri,
Buatlah amal, sebelum mati.