Sunday, 6 January 2013

Dah Boleh Kahwin ke?


Kabare semua,

Sebelum ni aku ada juga tengok video-video lain di LangitIlahiTV. Cuma kebelakangan ni aku rasa ia menjadi lebih menarik. Video pertama aku tonton 2nd Januari adalah “Sudikah Awak…” . Habis je tonton video ni aku membuat kesimpulan terhadap beberapa perkara. Tergelak juga la tengok mamat yang nak lamar anak orang dengan style yang sangat sweet tapi sebenarnya belum bersedia untuk belayar ke alam rumah tangga.




Betul juga. Nak kahwin ni memang la seronok. Berdebar-debar, excited, bergetar jiwa~~ bagai.  Tapi satu hal yang pasti nak kahwin adalah proses yang sementara. Memang manislah momen-mone indah kita bersama sebelum jumpa kadi. Ahaii..Lepas nikah je, bermulalah siri drama kehidupan yang sebenarnya. Ada sesetengah bakal pengantin suka menghasilkan trailer sebelum drama kehidupan mereka bermula. Trailer apa yang kau maksudkan ni wahai kaktus?

Trailer ni macam perviu sesebuah cerita la. Ala..macam korang tengok dekat filem tu. Tapi trailer sesetengah orang yang NAK kahwin ni kelakar. Belum kahwin, tapi buat gaya dalam gambar pra perkahwinan macam dah kahwin 5 tahun. Ade tu, buat video (pra perkahwinan) lagi bagi orang tonton masa majlis kenduri. Sesetengah artis, time kahwin, berbelas-belas fotografer tangkap gambar masa acara ‘batal air sembahyang’ hahaha ape benda ea yang membatalkan air wuduk kita?  

Sedikit la tentang istilah sembahyang. Aku tak ada masalah kalau orang nak guna perkataan ni, tapi sebagai orang islam bagi aku kita lebih sesuai guna perkataan solat. Kalau air sembahyang, kita tukar dengan wudu’.  Kan lebih  ringkas dan padat maksudnya? Anyway, terpulang pada kamu.

Bukannya Islam tak bagi kita bercinta dan berkasih sayang, tapi tak perlulah sampai naik moto sekali, berpegang tangan, cium tangan semua.cakap lemah lembut dengan dia,padahal dengan orang tua selalu tinggikan suara. Mengarut. Nafsu je semua tu. Belajarlah kawal nafsu. Terutamanya adik-adik yang masih dan sudah habis bersekolah. Advanced sungguh mereka ni. Video ni sesuai untuk tontonan umum. Nak bagi mak ayah , atok, nenek tengok pun tak apa. Kakak, Abang, Pakcik, Makcik, Kawan, Cikgu, dan semua oranglah kalau kenal dengan adik-adik ni , dekatkan lah diri dengan mereka. Bersahabatlah dengan mereka. share kepada mereka panduan hidup yang Allah tetapkan. Sekali sekala  bawalah mereka ke event-event ilmiah, beri mereka hadiah buku, pakaian, atau paling tidak, sms nasihat kepada mereka. Insya allah, diorang boleh terima. Jangan layan diorang ikut level kita. Adjust dengan usia dan tahap kematangan mereka. Insya allah, anda boleh melakukannya.

Nak berkahwin bukan mudah, insya allah, semua orang boleh, islam dah bagitahu syariat untuk pernikahan. Sebelum , semasa dan selepas. Alhamdulillah, aku dah habis baca buku “Sebelum Aku Bernikah” . Benar, nak kahwin, mesti tahu cari duit, ada duit untuk kahwin dan sara hidup keluarga kita. Tak akan nak minta bini sponsor makan minum. Lepas tu, tahu agama.  Bila kahwin, isteri dah jadi tanggungjawab suami,apa-apa isteri buat, semua ditanggung suami. Berat tu bai, jadi untuk jadi suami yang terbaik, mesti tahu solat, boleh jadi imam, tahu sedikit sebanyak hukum agama. Boleh bagi nasihat, penguat semangat kepada isteri dan bakal anak-anak yang akan dimiliki nanti. jangan la 

Si isteri pun sama, janganlah mengharap pada suami sahaja. Sebagai bakal isteri, persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan skil ( memasak,menjahit,mengemas) yang sesuai. Peranan seorang perempuan ni besar pengaruhnya dalam hidup lelaki. Para perempuan diluar sana tolong ingat. Perempuan ni fitnah dunia akhir zaman. Apa-apa yang perempuan buat semuanya boleh menarik perhatian. Kursus kahwin je tak cukup. Banyakkan membaca, bergaul dengan wanita-wanita yang solehah. Insya Allah wanita-wanita yang solehah terpelihara dari godaan dunia. Tahu batas dalam kehidupan. Take note, gadis-gadis di luar.

Ada orang yang pastinya membandingkan video vlogger ni dengan video Matlutfi. Relaks la. Awat hang kalut sangat? Kalau dia nak tiru pun ikut suka dialah. Pada aku nasihat yang dia cuba sampaikan lebih berharga daripada nak buat perbandingan video dengan Matlutfi. Matlufti is Matlutfi. biarlah dia dengan video dia. Tengok video orang len. Pastu komplen itu ini. Lenkali jangan komplen negetif sangat. Tambah dosa je. Nasihat aku, buka hati untuk terima nasihat yang baik. Sebab nasihat yang baik bukan mudah untuk diperolehi.

No comments:

Post a Comment