Friday, 22 February 2013

CurHat #1

Balik rumah lepas kuliah seperti biasa.
memasak. baca buku sekejap dan berehat.
bersiap untuk solat.

tanya kepada dia suatu soalan. tapi dia meninggikan suara kepada aku.
nak cakap ke tak yang aku rasa terguris hati?


memanglah dia dah bagitahu, tapi aku terlupa. jadi aku tanya semula. bukankah aku bertanya dengan baik? jadi janganlah marah. *mungkin dia ada masalah, stress barangkali* jadi aku harap aku tidak berkecil hati dengan begitu lama.

aku tak boleh la nak deal dengan orang yang tinggikan suara,dan mudah merajuk.

sendiri kecil hati, tiada siapa pun yang nak pujuk. tak mengapa. Allah masih ada. selawatlah ke atas nabi. kan nabi sentiasa rindu pada kita? selalu macam tu, kalau ada orang marah pada aku. atau aku marah kat orang. atau aku rasa aku buat salah dekat orang. selain minta maaf, zikir dalam hati je aku mampu. bagi kurang beban dalam hati ni. aku nak menangis, air mata pun tak nak keluar.

duduk diam2. zikir dan istiazah.

 ada sebab kenapa aku tak suka sambut birthday dengan orang selain family, mungkin sebab susah nak trust dekat sesiapa. cukuplah dengan wish.birthday. Thanks a-lot. aku tak rasa yang aku dah give up untuk cintakan insan yang istimewa. mungkin masanya belum tiba. cuma, aku rasa aku boleh layan orang dengan baik. berbuat baik pada orang. kalau orang buat buruk dekat kita, biarlah Allah yang uruskan. buat sahaja kerja kita.

mungkin aku mudah ingat perkara yang tak baik orang buat kepada aku. tapi kadang-kadang aku buat tak kisah je. biarlah, dia tak faham. orang yang jahil jangan dimarah. Doalah agar Allah bagi Hidayah kepada dia. moga dilembutkan hati. jangan marah-marah aku lagi.

nanti aku sedih, bawa diri. nanti aku tak nak balik sini lagi.

No comments:

Post a Comment