Wednesday, 10 July 2013

Tentang Ilmu

Hari ni aku nak berkongsi sedikit tentang menuntut ilmu.

Sebelum tu ada persoalan yang selalu menjelma dalam fikiran aku.

‘Kenapa aku cepat lupa?’

Aku rasa sedikit kecewa kerana tidak berjaya mengeluarkan input yang telah aku terima dari kepala aku ni.Bukan sekali dua tapi selalu. Tak boleh jadi ni. Jadi aku pun berfikir’ Kenapa aku selalu lupa dan kenapa aku begitu cepat melupakan apa yang telah aku pelajari?’ mesti ada jawapan untuk soalan ni.

Aku minta maaf kerana aku sering bertanya soalan kenapa dan bagaimana. Kadang kala aku dapat menjawab sendiri melalui hasil bacaan dan perbincangan. Kadang kala aku tidak menemui jawapannya.

Jadi aku pun bacalah sebuah buku yang bertajuk “Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu”.  Yang menariknya, melalui tajuk buku ni sahaja kita dapat tahu beberapa perkara tentang ilmu. Ada faktor . adab ( ahlak untuk menuntut ilmu dan ahlak untuk mengamalkan ilmu) , dan akhir sekali ilmu yang berkat ( Apa itu ilmu yang berkat dan apakah pula maksud berkat daripada ilmu itu?) . Ha, berkat tu apa? Adakah lauk yang diberi lepas kenduri kahwin?

Apa yang aku nak cerita adalah perasaan dan buah fikiran selepas aku baca beberapa mukasurat pertama buku ini. Aku rasa yang aku nak baca buku karya Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy’ari ni. Saat itu aku baru sahaja lepas online facebook. Biasalah, orang yang ketagihan, pasti terkenang-kenang saat berpisah. So jiwa aku nak baca buku, tapi fikiran aku masih lagi melayang ke Facebook. Masya Allah. Apa jenis penyakit hati yang menimpa aku ni? Aku tidak bersedia lagi untuk membaca buku . tu yang aku fikir. Apa guna kalau kita buat sesuatu tanpa meletakkan jiwa kita padanya. Sia-sia. Buang masa dan buang tenaga. Tidak dapat apa-apa.

Sama sahaja seperti saat kita menuntut ilmu dan solat. Mengapa hati kita tidak tenang selepas solat? Bacaan solat pun sering diambil mudah. Maksud bacaan solat pun kita tidak tahu, apatah lagi maksud untuk solat dan mengerjakan solat. Apa itu solat? Apa itu menunaikan solat? Beza taw, teman-teman.

Ah, hati yang terhijab dengan dosa lalu sukar  untuk bahagia. Kalau gembira juga, tu adalah atas rahmat dan kasih sayang Allah ke atas kita.  Cukup sahaja solat itu untuk buat kita bahagia. Bertemu dan meluahkan rasa dengan pencipta. Kalau ada masalah dengan hidup. Perhatikan, pasti ada kelopongan pada solat yang dikerjakan.  Allah, saat aku makin dewasa ini aku rasa semakin menjauh dari-Mu. Bagaimana hati ini mahu kembali dekat?

Maka, perlu untuk kita membersihkan hati kita dan menuntut ilmu. Ilmu hanya masuk dalam hati yang bersih. Hanya dengan rahmat Allah, kita dapat menerima dan mengamalkan ilmu. Kalau kita berhutang duit, mohon maaf dan jelaskan. Kalau terpinjam barang, minta maaf , pulangkan atau mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik kalau sudah hilang. Kalau merasakan ada dosa mengumpat dan mengecilkan hati atau membuat orang marah. Solusinya adalah sabar dan istighfar. Istighfar dan terus-terusan istighfar. Astagfirullah hal azim. Semoga Allah ampuni dosa aku ini. Buat salah sama manusia.mohonlah maaf pada manusia. Buat salah pada Allah, mohon ampunlah pada Allah. Doa agar Allah melembutkan hati manusia agar memaafkan kesalahan kita.Berbuat baiklah pada ramai orang .Perbanyakkan sedekah. Kalau terasa ego tinggi, banyakkan sedekah. Ingat, duit itu bukan milik kita sepenuhnya. Ketahuilah kita ini berbahagia atas pengorbanan ramai orang. Jadi gembira itu jangan berlebih-lebihan, ya teman-teman.

Nah, Kita sudah tahu untuk ilmu itu masuk ke dalam hati, hati perlu bersih. hati perlu lapang dan punya ruang untuk ilmu.Seterusnya, menjaga luaran kita.
 Menjaga mata, menjaga telinga, menjaga mulut, menjaga tangan, kaki dan kemaluan. Kamu masih ingat zina mata, telinga dan sebagainya ? Insya Allah, semoga Allah menguatkan ingatan kamu.

Yang asasnya adalah menjaga kebersihan hati dan kebersihan diri, berwangi-wangi untuk menuntut ilmu. Kawan-kawan aku ni selalu mandi sebelum maghrib. Aku pula selalu lepas maghrib. Logiknya, lepas mandi fikiran kita akan jadi lebih segar. Jadi mandilah sebelum maghrib menjelma. Walaupun saat aku menulis aku belum mandi, aku pasti akan mandi selepas ini.

Jangan buat pertimbangan yang berat sebelah sebelum dan semasa kita menerima sesuatu perkara.  Fikir seperti kita tahu masa depan. Contoh fikir post yang aku tulis ni nanti ramai gila orang baca, lepas tu komen bla bla bla.nanti muncul rasa riak dan ujub. Astgfirullah. Dekatkanlah aku kepadaMu. Jadikanlah aku hamba yang selalu mengingatiMu sepanjang masa. Ha, apa yang kita fikir itu lah yang kita akan dapat. Kalau kita fikir tentang kejayaan, kebahagian dan kekayaan, maka perkara itu akan datang kepada kita. Harus fikir dan disertakan dengan usaha yang tekun. Barulah hasilnya lebih nikmat.

Jadi kena tahu, apa tujuan kita menuntut ilmu? Untuk dapat sijil? Untuk jawab peperiksaan? Untuk menjawab soalan pensyarah?

Bila kita tahu tujuan, itulah yang jadi niat kita. Dan kita akan meletakkan matlamat untuk dicapai. Dengan ilmu yang aku ada ni aku nak buat apa? Sama ada simpan atau sebarkan. Kalau tidak yakin, pergilah menuntut ilmu sampai kita yakin dengan ilmu yang kita ada ni. Tepuk dada tanya iman.

Rumusannya,
Untuk menuntut ilmu, hati dan fikiran mesti bersih, bersedia dan berlapang dada.
Menjaga hubungan dengan orang lain. Jelaskan hutang, dan pulangkan barang yang dipinjam
Tahu tujuan dan matlamat menuntut ilmu
Insya Allah,  selamat beramal.
Bergaullah engkau dengan para fuqaha (ahli ilmu agama Islam) serta pelajarilah sikap hidup (adab ) mereka. Sesungguhnya yang demikian itu akan lebih aku cintai daripada ( engkau mempelajari ) banyak hadis.
( Habib Bin As Syahid)