dari mana datangnya perkataan yang benar?
persoalan ni tiba-tiba muncul dalam fikiran aku.
kalau kita rasa ragu-ragu dengan perkara yang kita nak cakap, kita ada TIGA pilihan;
---> PERTAMA.
beritahu apa yang kita tahu, minta orang yang mendengar betulkan atau rujuk pada bahan yang lebih sahih kalau kita tidak yakin dengan apa yang kita cakap. tak salah kongsi maklumat,. kalau tidak betul, beritahu perkataan yang betul.
---->KEDUA
Diam. ini bukanlah pilihan yang terbaik. kalau berdiam diri lama-lama nanti boleh terganggu fikiran.
'la. sama macam aku fikir, kenapalah aku tak cakap tadi'
' sebenarnya aku pun fikir benda yang sama.. cuma aku takut salah je'
manusia ni kalau kita dapat berkongsi ilmu sebenarnya kita akan jadi lebih gembira. ilmu yang baik kalau tak di kongsi. bawak la sampai mati.. cuma orang kalau nak minta kongsi ilmu, biar beradab. ha, apa kata kau belajar ilmu tentang adab dulu? baru la orang pun rasa sejuk hati nak berkongsi ilmu dengan kita.
---->KETIGA
beritahu pada rakan.
cis, ni aku kurang gemar. benda yang kau nak, kau minta orang lain cakap pula . minta la sendiri!
aku tak suka orang yang macam ni. suka menggunakan orang lain untuk kepentingan diri. habislah kau kalau orang tu rasa kau zalimi dia. kau tahu apa akibatnya kalau dia berdoa? Jadi berhati-hati bila minta tolong dengan kawan. aku pun kena fikir dengan serius untuk pilihan ketiga ni. Rambut pun dah tak sama warna sekarang ni. darah je masih warna merah.
Kadang-kadang aku senyap. Kadang-kadang aku banyak bercakap.
berhati-hati cakap dengan aku masa aku senyap. kawan aku cakap kata-kata aku masa senyap lebih menusuk kalbu berbanding masa aku banyak cakap . Aku minta maaf, aku tak tahu kata-kata aku buat kau rasa kecil hati. lidah ni kena jaga. jangan sebab lidah, badan binasa, nauzubillahi min zalik.
jadi, sesungguhnya diam lebih baik. tetapi INGAT ia bukan pilihan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment