Tuesday, 29 January 2013

Me & Diet

seriusly dah banyak kali try diet, sometimes it works and sometimes it not.
bila dah berjaya loose few pounds terasa benar pencapaian , dan kita raikan dengan dominos pizza, kepsi dan sushi dan takotako  daun saleri!



Namun. i think this time it come to be more serious because my situation is i have friend who cooks and don't want to responsible to the leftover dishes and the material. and i am tired eating the leftover food. yeah, because i know no one actually want to eat that leftover food as they think other might want to eat the food at evening or night.

When i said i am tired it doesn't mean that i don't like to eat the food. but isn't such a big waste throwing left over food into the bin as you want to clean the food table  no. please respect and be grateful of what we have ate today. there is countless people outside there has no food. they even does not have money to buy food. so calculate the average amount for people daily meal. you cook for people you know.and  you should know about this. the partition of the food-side dish and rice. don't trying to look nice in front of other people. some people are not comfortable the way you treat them. don't treat them like a child. watch their face expression . i know that you have a really good and kind heart. but this is not the way. this will make our distance farther away. since no one actually want to talk about it. for me, i don't like it. really.

and i want to jogging in evening in track or anything. i really want to lose weight. really really want to lose weight. i want  a healthier life. i want someone to run or accompany me to run. i guess should buy bicycle.

lets continue eat nutrition food. for a better life!
don't sigh! pray to Allah! put some more effort on this! I know I can do it!
MESTI KUAT SEMANGAT!


Monday, 21 January 2013

Tanggungjawab dan Persahabatan

kadang-kadang apa yang kita minta bukan semuanya akan kita dapat.

kadang-kadang berdua juga lebih baik dari bersendiri-sendiri. tapi masih perlu privasi

hidup jangan putus asa. aku juga tak mahu berputus asa dalam hidup ini. sebab hidup kita hanya sekali. 

kena rebut peluang. hidup juga perlu berebut, hidup juga perlu pentingkan diri, 

betul , hidup kena pentingkan diri.

macam mana nak bimbing orang lain kalau diri sendiri terumbang-ambing. jangan, nanti karam.

selamatkan diri. akhir zaman ni semua benda boleh jadi realiti. jadi mesti selamatkan diri. lepas tu baru selamatkan orang lain. pastikan asas dah kukuh. 

aku teringat masa aku sekolah dulu. ada bestfriend lelaki dan perempuan. happy je. iyalah, kawan dengan dia. share benda happy, benda sedih, kena troll sama-sama. saling ambil berat.

beza kot kawan dengan sama jantina. namun ini bukanlah seruan untuk galak kawan berlainan jantina. kalau kawan yang sedia ada tu dah okey, jangan tamak. ingat, sebab bukan semua benda kita punya. ikatan persabatan bila-bila pun boleh putus. don't get confused by the word everlasting friends or forever friends. it will hurt you someday. just cherish the thing you have today, or you might regrate it after few years.

persabatan yang ikhlas tak disulami dengan puji-pujian atau teguran sepanjang masa. tapi bila berlaku konflik. itu adalah lebih baik daripada muka yang manis sepanjang masa.no, this life is hard, you can't live or survive alone. you need friends. you need someone to accompany you.

it's hard to trust people as you have bad memories with them. i'll work hard to be better than now.
kan bagus, bila kita ada kawan yang boleh sama-sama lepak. just friends. tak boleh ke ada term tu dalam hidup? bukan sebagai boyfriend atau girlfriend. lain la kalau dah ada special person in ur life, aku tak iktiraf hubungan kapel declare i luv u n u luv me. no. tapi kalau sahabat yang ambil berat dan prihatin itu berbeza, in case lepas tu dia nak declare atau pinang u, tu sila buka buku baru. kan masing-masing dah besar,

boleh fikir tentang tanggungjawab? 
tanggungjawab akan mematangkan kita, kalau rasa selesa sangat. maksudnya dah malas berfikir tentang tanggungjawab. dan tanggungjawab ni berat. 

aku risau juga nak kawen ni, walaupun belum jumpa lagi calon. jiwa kot!
kerjalah macam ni! lagi best, 
mesti berubah! real mature! berusaha!


Saturday, 12 January 2013

22 tahun

kan bagus kalau aku kaya?

tapi tak bermaksud aku benci menjadi miskin..

kadang-kadang jadi miskin lebih baik daripada kaya yang kenal tuhan dan gila dunia.

bila kita kaya, kita dapat bantu orang lain

aku rasa sedih bila terpaksa bergantung kepada orang lain  bila aku tak ada duit. itulah. salah sendiri tak mahu menyimpan. macam apa lah.. kena cari duit lagi..nak masuk sekolah lagi. takutnya aku.

aku tak bagitahu kat sesiapa pun yang aku takut sangat dengan survival kat dunia ni. ( tapi dah tulis kat sini_) kena la lawan rasa takut tu.

apa yang aku ada untuk aku bangga?

aku fikir-fikir punya fikir, ada la juga, sikit-sikit beberapa perkara yang boleh dibangga, tapi lama-lama benda tu jadi kecik.. dan menghilang.. benda yang lepas. nak bangga sangat pun takleh gak. yang penting adalah masa sekarang.

bangunlah kaktus,!! aku terlalu lama dalam zon selesa; cis. memaki diri sendiri. bab amarah ni pun satu. sejak bila aku jadi panas baran ni..??

aku dah mula merasa duri-duri kaktus mencucuk diri aku. sakit woo
huhu dari mana aku nak mula ni??
mari bertenang dan berfikir.


Sunday, 6 January 2013

Dah Boleh Kahwin ke?


Kabare semua,

Sebelum ni aku ada juga tengok video-video lain di LangitIlahiTV. Cuma kebelakangan ni aku rasa ia menjadi lebih menarik. Video pertama aku tonton 2nd Januari adalah “Sudikah Awak…” . Habis je tonton video ni aku membuat kesimpulan terhadap beberapa perkara. Tergelak juga la tengok mamat yang nak lamar anak orang dengan style yang sangat sweet tapi sebenarnya belum bersedia untuk belayar ke alam rumah tangga.




Betul juga. Nak kahwin ni memang la seronok. Berdebar-debar, excited, bergetar jiwa~~ bagai.  Tapi satu hal yang pasti nak kahwin adalah proses yang sementara. Memang manislah momen-mone indah kita bersama sebelum jumpa kadi. Ahaii..Lepas nikah je, bermulalah siri drama kehidupan yang sebenarnya. Ada sesetengah bakal pengantin suka menghasilkan trailer sebelum drama kehidupan mereka bermula. Trailer apa yang kau maksudkan ni wahai kaktus?

Trailer ni macam perviu sesebuah cerita la. Ala..macam korang tengok dekat filem tu. Tapi trailer sesetengah orang yang NAK kahwin ni kelakar. Belum kahwin, tapi buat gaya dalam gambar pra perkahwinan macam dah kahwin 5 tahun. Ade tu, buat video (pra perkahwinan) lagi bagi orang tonton masa majlis kenduri. Sesetengah artis, time kahwin, berbelas-belas fotografer tangkap gambar masa acara ‘batal air sembahyang’ hahaha ape benda ea yang membatalkan air wuduk kita?  

Sedikit la tentang istilah sembahyang. Aku tak ada masalah kalau orang nak guna perkataan ni, tapi sebagai orang islam bagi aku kita lebih sesuai guna perkataan solat. Kalau air sembahyang, kita tukar dengan wudu’.  Kan lebih  ringkas dan padat maksudnya? Anyway, terpulang pada kamu.

Bukannya Islam tak bagi kita bercinta dan berkasih sayang, tapi tak perlulah sampai naik moto sekali, berpegang tangan, cium tangan semua.cakap lemah lembut dengan dia,padahal dengan orang tua selalu tinggikan suara. Mengarut. Nafsu je semua tu. Belajarlah kawal nafsu. Terutamanya adik-adik yang masih dan sudah habis bersekolah. Advanced sungguh mereka ni. Video ni sesuai untuk tontonan umum. Nak bagi mak ayah , atok, nenek tengok pun tak apa. Kakak, Abang, Pakcik, Makcik, Kawan, Cikgu, dan semua oranglah kalau kenal dengan adik-adik ni , dekatkan lah diri dengan mereka. Bersahabatlah dengan mereka. share kepada mereka panduan hidup yang Allah tetapkan. Sekali sekala  bawalah mereka ke event-event ilmiah, beri mereka hadiah buku, pakaian, atau paling tidak, sms nasihat kepada mereka. Insya allah, diorang boleh terima. Jangan layan diorang ikut level kita. Adjust dengan usia dan tahap kematangan mereka. Insya allah, anda boleh melakukannya.

Nak berkahwin bukan mudah, insya allah, semua orang boleh, islam dah bagitahu syariat untuk pernikahan. Sebelum , semasa dan selepas. Alhamdulillah, aku dah habis baca buku “Sebelum Aku Bernikah” . Benar, nak kahwin, mesti tahu cari duit, ada duit untuk kahwin dan sara hidup keluarga kita. Tak akan nak minta bini sponsor makan minum. Lepas tu, tahu agama.  Bila kahwin, isteri dah jadi tanggungjawab suami,apa-apa isteri buat, semua ditanggung suami. Berat tu bai, jadi untuk jadi suami yang terbaik, mesti tahu solat, boleh jadi imam, tahu sedikit sebanyak hukum agama. Boleh bagi nasihat, penguat semangat kepada isteri dan bakal anak-anak yang akan dimiliki nanti. jangan la 

Si isteri pun sama, janganlah mengharap pada suami sahaja. Sebagai bakal isteri, persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan skil ( memasak,menjahit,mengemas) yang sesuai. Peranan seorang perempuan ni besar pengaruhnya dalam hidup lelaki. Para perempuan diluar sana tolong ingat. Perempuan ni fitnah dunia akhir zaman. Apa-apa yang perempuan buat semuanya boleh menarik perhatian. Kursus kahwin je tak cukup. Banyakkan membaca, bergaul dengan wanita-wanita yang solehah. Insya Allah wanita-wanita yang solehah terpelihara dari godaan dunia. Tahu batas dalam kehidupan. Take note, gadis-gadis di luar.

Ada orang yang pastinya membandingkan video vlogger ni dengan video Matlutfi. Relaks la. Awat hang kalut sangat? Kalau dia nak tiru pun ikut suka dialah. Pada aku nasihat yang dia cuba sampaikan lebih berharga daripada nak buat perbandingan video dengan Matlutfi. Matlufti is Matlutfi. biarlah dia dengan video dia. Tengok video orang len. Pastu komplen itu ini. Lenkali jangan komplen negetif sangat. Tambah dosa je. Nasihat aku, buka hati untuk terima nasihat yang baik. Sebab nasihat yang baik bukan mudah untuk diperolehi.