Tuesday, 25 December 2012

Yang Paling Ringan Di Dunia


Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad .

Hari ni kita sembang-sembang tentang solat. 

Begini kisahnya,

Pada suatu hari, Imam Al-Ghazali mengajukan pertanyaan kepada murid-murid kesayangannya.
Pertama “ Wahai anak-anakku sekalian, apa yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?" Sebahagian muridnya menjawab,’ yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini adalah orang tua.’ Sebahagiannya pula ada yang menjawab, ‘teman’ dan sebahagian lagi ‘guru’ serta sebahagian lagi ‘keluarga’. Imam Al-Ghazali kemudian menjelaskan, “ Wahai anak-anakku sekalian, semua jawapan itu benar, tetapi sesungguhnya yang paling dekat dengan kita adalah ‘MATI’. Sebab itu adalah janji-Nya bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.’

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaannya yang kedua. “Wahai anak-anakku sekalian, apa yang jauh dari kita di dunia ini?” murid-muridnya menjawab.’bulan’. Sebahagian lagi menjawab matahari’ manakala selebihnya menjawab ‘bintang-bintang’.

Imam Al-Ghazali pun menjelaskan “wahai anak-anakku, bahawa semua jawapan yang kamu berikan adalah benar. Tetapi yang paling benar adalah ‘MASA LALU’. Walau bagaimanapun keadaan mahupun kesenangan  dalam kehidupan kita, kita tetap tidak boleh kembali  ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita haruslah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan agama kita. Esok telah menjadi hari ini, hari ini telah berubah menjadi semalam. Masa depan telah berubah menjadi masa lalu dan ia akan semakin jauh meninggalkan kita.”

Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang ketiga, “Wahai anak-anakku, apa yang paling besar didunia ini?” Murid-muridnya menjawab “gunung’, sebahagian lagi menjawab “bumi’ sebahagian lagi menjawab “Matahari”.

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa, “ Semua jawapan itu benar, Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘NAFSU’. Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada keburukan. Kerana itukita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita itu membawa kita kepada neraka.

Imam Al-Ghazali kemudian melanjutkan pertanyaan yang keempat,  “apa yang paling berat di dunia ini?”Sebahagian murid ada yang menjawab ‘baja’. Sebahagian lagi menjawab ‘besi’, sebahagian lagi menjawab ‘gajah’.

Imam Al-Ghazali kemudian menjelaskan, “Semua jawapan kalian hampir benar, tetapi yang paling berat adalah ‘MEMEGANG AMANAH’, Allah s.w.t telah menyebutkan , sesungguhnyakami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung namun semua menolaknya dan amanah itu diterima manusia, itulah bentuk kezaliman dan kebodohan. Manusia dengan perasaan sombongnya menyanggupi perintah Allah s.w.t sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak boleh memegang amanahnya.”

Imam Al-Ghazali melanjutkan pertanyaan yang kelima’ apa yang paling ringan di dunia ini?” Sebahagian murid menjawab ‘kapas’ dan sebahagian menjawab ‘angin’. Sebahagian lagi menjawab ‘debu’, ada yang menjawab ‘dedaunan’. “Semua itu benar” kata Imam Al-Ghazali. “Tetapi yang paling ringan di dunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan , kita tinggalkan solat.”

Imam Al-Ghazali melanjutkan pertanyaan yang keenam” wahai anak-anakku, sekarang pertanyaan yang  terakhir untuk kamu,apakah yang paling tajam di dunia ini?” Murid-muridnya menjawab dengan serentak, ‘pedang!’. ‘Benar’, jelas Imam Al-Ghazali. “Tetapi yang paling tajam adalah ‘LIDAH MANUSIA’, kerana dengan lidah manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Betapa banyak orang yang jatuh hanya kerana tidak menjaga lidahnya.”

Baiklah, ada berapa perkara yang disoal oleh Imam Al-Ghazali? : ENAM

1) Yang paling dekat dengan diri: MATI
2) Yang paling jauh dengan diri : MASA LALU
3) Yang paling besar didunia: NAFSU
4)Yang paling berat didunia: MEMEGANG AMANAH
5)Yang paling ringan didunia : MENINGGALKAN SOLAT
6) Yang paling tajam didunia: LIDAH MANUSIA

Alim ulama terdahulu sudah menyimpulkan perkara-perkara yang sering menjadi persoalan kepada masalah umat. Nah, ini jawapannya.

Setiap hari aku membaca di akhbar, ada sahaja berita kematian akibat kemalangan yang amat menakutkan. Baca atau tonton berita di tv . Bagaimana kalau saat kita mengalami kecelakaan, masih ada solat yang belum ditunaikan, masih ada puasa yang belum diganti, masih banyak foto-foto tidak menutup aurat dengan sempurna di Facebook, Tumblr, Twitter, Instagram yang belum di padam.  Masih ada dosa kepada ibubapa, sahabat dan kaum kerabat yang masih belum diampun.Hutang masih belum dijelaskan. Tiada ada sesuatu yang boleh menghalang takdir Allah. Semoga diizinkan Allah, aku mati dalam keadaan yang baik. Amin.

Untuk berubah kearah kebaikan bukanlah sesuatu yang mustahil. Untuk solat 5 waktu sehari semalam beserta amalan-amalan sunat yang lain juga pasti boleh dilakukan. Garilah guru, atau orang yang dapat membantu kita mendisiplinkan diri. Jangan putus asa dalam mencari kebaikan. Letakkan Allah sebagai yang utama di hati kita, bukan manusia. Banyakkan beristighfar,kuatkan semangat. Banyakkan membaca, carilah ilmu dengan membaca. Mana Al-Quran kamu? Cari, ambil, dan bacalah. Baca maksud ayat-ayat yang dibaca agar kamu faham apa yang disuruh Allah kepada kamu.

Sebelum terlambat, sedarlah diri,
Buatlah amal, sebelum mati.

No comments:

Post a Comment