(Ketawa dalam hati) . Cliché benar bunyi tajuk entri kali
ni. Seperti cogan kata sekolah pula. Hakikatnya, ilmu pengetahuan menerangkan
perjalanan hidup kita. Dimana kita dapat memperoleh ilmu pengetahuan ini?
Sebenarnya, kita boleh memperolehi ilmu ini dimana-mana sahaja. Yang penting
kita mesti bersedia untuk terima ilmu.
Memandangkan aku ada belajar bahasa Inggeris untuk diajar
kepada kanak-kanak bawah umur. Aku buat keputusan untuk belajar semula bahasa
Inggeris dengan betul. Mula semula dari bawah. Dari peringkat menengah rendah.
Mungkin ada yang kata buang masa mula dari bawah, kenapa tak teruskan atau
ulangkaji sahaja dengan ilmu yang aku ada sekarang?
Aku tak pandai menipu diri sendiri.
Aku kurang yakin dengan ilmu bahasa inggeris yang aku ada
sekarang , aku boleh mengajar anak orang. Aku mahu anak didik aku yakin dengan
diri sendiri. Contohilah Al-Farabi. Boleh belajar banyak bahasa. Aku pun ada juga belajar bahasa negara
lain seperti Venezuela, Arab, Korea, Jepun dan Bahasa Inggeris. Kesan dari tengok drama dan telenovela di tv. Oh ya, mak aku ada cerita masa dia mengandung aku dulu, dia suka tengok cerita Oshin.
![]() |
| Mak aku cakap si Oshin comel orangnya masa dia kecik (dalam drama) |
![]() |
| aku menangis sebab tak dapat nak tengok last episod cerita ni. sekolah petang punya pasal! |
Pedulikan
semua babak-babak yang separa porno yang sebenarnya tidak sesuai untuk tontonan
umum. Mujurlah masa itu aku kecil lagi. tidak faham sekian-sekian perbuatan. Siapa
kata umur 18 tahun ke atas sebenarnya umur minumum yang melayakkan mereka untuk tengok cerita berstatus
18sx? Macamlah diorang ni matang sangat untuk memahami signifikan cerita-cerita
begini. Kalau diorang matang dan boleh berfikir, mesti dia tak tengok punya..
Mudah benar tersasar dari pangkal cerita.
Maka, usaha yang aku ambil adalah dengan buka dan baca
semula buku latihan PMR dan sebarang material yang sesuai dengan tahap aku.
Memandangkan aku cepat mengingat dengan melukis peta minda. Aku tulis nota guna
peta minda. Biasa guna teknik awan la. Bukan
awan larat ye.
Aku terjumpa laman web tentang belajar bahasa Inggeris guna peta minda di sini .
Bagi aku, ia sangat membantu pembelajaran aku. Ada peta minda yang berwarna-warni dan penerangan yang menggunakan bahasa Inggeris mudah. Suitable for beginners bak kata orang Inggeris. Jadi untuk mereka yang lemah dalam penguasaan English Grammar , boleh guna laman web ni untuk rujukan. Tapi mesti ada guru yang mengajar. Kalau nak menuntut ilmu jangan malu bertanya. Insya Allah, bila ada orang yang sudi untuk ajar kita, berkongsi ilmu yang dia ada ketahuilah Allah mahu beri keberkatan pada usaha kita. Bila berkat Insya Allah kita dapat manfaat. Jangan putus asa! Mesti kuat semangat!
![]() |
| The Simple Past Tense. |

No comments:
Post a Comment